Program "Fast-Track" SPM Pelajar Tahfiz / Madrasah di Universiti Selangor UNISEL


Program "Fast-Track" SPM Pelajar Tahfiz / Madrasah
ANJURAN YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR (YAPIS)
DENGAN KERJASAMA UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)
KEMASUKAN JANUARI 2013
Program peralihan pelajar aliran Tahfiz memasuki program professional anjuran Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013.

Maklumat Permohonan Kemasukan:-
Tarikh tutup permohonan 30 November 2012.
Pemohon yang layak akan dipanggil menghadiri temuduga pada 1 – 15 Disember 2012.
Pendaftaran kemasukan pada 5 Januari 2012.

Maklumat Syarat Kelayakan:-
a) Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk
b) Berumur 18 tahun ke atas atau memiliki sijil PMR
c) Mempunyai kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira & menghafal)
d) Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam

Maklumat Jadual Kelas Pengajian:-
Kelas Hafazan : 5.00 Pagi – 7.00 Pagi
Kelas Akademik : 8.00 Pagi – 5.00 Petang
Kelas Hafazan : 7.00 Petang – 9.00 Malam

Maklumat Yuran Pengajian:-
a) Yuran Pendaftaran RM200
b) Yuran Bulanan RM300 (Pengajian/Asrama/Makan)
c) Yuran Peperiksaan RM150

Malumat Kemudahan Yang disediakan:-
Asrama UNISEL Kampus Kota Puteri dilengkapi surau dan bilik kuliah.
Makanan harian disediakan untuk pelajar: Sarapan, makan tengahari & makan malam.
Aktiviti Kokurikulum / Seminar / Kursus / Bengkel Motivasi turut diadakan pada hujung minggu.

Maklumat Keterangan Lanjut:-
Sila hubungi kakitangan kami pada waktu pejabat:-
a) Encik Nurdin bin Darman 03-32805140 / 013-8814378
b) Encik Ahmadin bin Abdul Rashid 03-60351237 / 013-2103822

Maklumat Alamat Tempat Pengajian:-
Asrama UNISEL Kota Puteri,
No. 2, Jalan Kota Puteri 5/10A,
Seksyen 5 Kota Puteri,
48100 Batu Arang, Selangor.
Tel : 03-60351237
Fax : 03-32806020 / 03-32898812
Email : nurdin@unisel.edu.my

Muat Turun : Borang Permohonan Kemasukan

Sila hantarkan Borang Permohonan Kemasukan dengan salinan sijil-sijil yang telah disahkan ke alamat di atas melalui pos, fax atau email.

RINGKASAN PROGRAM “FAST-TRACK” YAPIS-UNISEL

Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) merupakan sebuah yayasan yang ditubuhkan bagi memperkasakan pendidikan Islam bagi pelajar khususnya di negeri Selangor. Satu kerjasama akan diadakan bersama Universiti Selangor (UNISEL) untuk mengendalikan program khas ini. UNISEL yang berpengalaman dalam menyediakan program pengajian pelbagai bidang yang berkualiti dan inovatif serta memenuhi kehendak pasaran di samping menyokong dasar pembangunan negara bakal merancakkan lagi matlamat penubuhan YAPIS.

UNISEL adalah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang menawarkan 86 program telah mendapat akreditasi MQA, di mana 42 program telah mendapat akreditasi penuh atau hanya memerlukan penilaian sendiri.

Program ”Fast-Track” SPM Pelajar Tahfiz anjuran YAPIS-UNISEL ini dijalankan di sebuah penempatan pelajar luar kampus milik UNISEL iaitu di Kota Puteri, Batu Arang. Ia boleh menempatkan sehingga 1000 orang pelajar dalam satu masa.

Dengan prasarana dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan program ”fast-track” ini, UNISEL menjadi satu lagi pilihan alternatif pelajar aliran Tahfiz yang ingin melanjutkan pelajaran khususnya dalam bidang professional.

Subjek yang bakal ditawarkan adalah minimum untuk mencukupkan syarat memasuki mana-mana program di peringkat mana-mana universiti termasuk:-

a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Inggeris
c) Matematik
d) Sains
e) Sejarah
f) Matematik Tambahan
g) Pengajian Islam (atau PSI & PQS)
h) Bahasa Arab (Pilihan)

Yuran paling minimum akan dikenakan untuk pengajian, penginapan dan makan minum iaitu sebanyak RM300 sebulan bagi setiap pelajar.

Pelajar yang berjaya menamatkan program ”fast-track” ini dan memperoleh sekurang-kurangnya lima kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan diberi peluang untuk mengikuti mana-mana kursus tahun asas sebagai persediaan mengikuti program ijazah sarjana muda yang ditawarkan di UNISEL mengikut pilihan mereka. Untuk mereka yang memeproleh tiga kepujian bakal ditawarkan dengan kursus di peringkat diploma.

Secara amnya, program ini bukan sahaja akan membentuk insan yang profesional dalam bidang akademik bahkan dalam masa yang sama telah pun mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri mereka.


0 comments:

Post a Comment

Disclaimer

The information appearing on this site is for general information only and does not constitute an offer or an intention to enter into a Legally binding contract. All information can be withdrawn or changed without notice. Whilst every care has been taken in Producing the information on this site, does not guarantee uniselintake the accuracy of the information. Subject to any terms implied by law and which can not be excluded, uniselintake is not a showroom for any loss, damage, cost or Expense incurred by you as a result of any error, omission or misrepresentation in relation to this site. Please note That none of the files listed on this blog are Stored on the site. We only serve to index contents from other sites available as a convenient and easy way for our visitors to find files That have been shared by copyright ZIP Code. As such, we DO NOT claim ownership rights of any documents and / or materials made ​​accessible or available on this site, nor any responsibility for the ASSUME contents on any externally-linked site or for any links on any externally-linked sites. Use of this site is therefore solely at your own discretion.
If you believe that your Copyrighted material may have been unintentionally infringed, please write to us directly for immediate removal. UNISELINTAKE